Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuanmampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dangelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampaimelahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensikeibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadidaya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletahanda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau danmenyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan.Misalnya, kemanjaan wanita ygmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakianlelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargaidan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudahmemaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dansebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita ygberpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgnwanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgntulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasakelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terusmenjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudahberanak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik danramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajakberbual. Walau topik perbualan yg disukai elaki berbeza dgn topikkegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebihmenarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandaiberjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiranterbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan caraberhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana ygbaru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudahdi ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorangwanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinyasendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukanoleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan danmahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akanmerendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati padanasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan ygwajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.