Keputusan yang tepat didasari daripada masalahnya. Kadang-kadang kita mempunyai pandangan dalam mengambil keputusan mengumpulkan data sebanyak-banyaknya, tapi itu tidak tepat, bukan kumpulkan data sebanyak-banyaknya, tetapi kumpulkan data setepat-tepatnya atau sebenar-benarnya. Tepat dan benar dalam pengertian kita mencari sumber yang memang berasaskan masalahnya.
Keputusan yang tepat adalah pada konsep kebajikan yang universal, iaitu mesti adil dan juga mesti yang sebaiknya. Oleh itu dalam mengambil keputusan kita mesti fikirkan apakah keputusan kita itu baik dan adil. Kadang-kadang baik untuk kita tapi tidak baik bagi orang lain dan adil bagi kita tidak adil pulak bagi orang lain.
Keputusan yang tepat tidak selalu nampak dengan jelas. Kita hidup dalam masyarakat yang mana kita ingin segala sesuatu muncul dengan seketika dan jelas. Tapi keputusan yang baik sering kali menuntut waktu yang panjang, tidak selalu jelas apa itu keputusan yang baik yang kita perolehi. Jadi perlu adanya waktu untuk kita dan membuktikan motivasi kita yang sebenarnya.
Keputusan yang tepat tidak menutup kemungkinan muncul dari keputusan yang salah. Jadi adakalanya kita keliru mengambil keputusan yang salah, kita belajar kesalahannya apa dan belajar mengenal yang benar itu apa. Justeru itu keputusan yang salah akan menjadi batu loncatan dan membawa kita masuk ke dalam keputusan yang benar. Dengan itu bersedialah untuk meminta maaf jika menyedari bahawa kita telah membuat suatu keputusan yang salah.