> Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
> Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
>
> Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
> dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,
> mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.
> Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
>
> Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
> ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
>
> Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
> mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa
> puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
> beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang
> berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.
>
> Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
> membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
> hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
> bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
> gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
> jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
>
> "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan
> 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
> apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
> sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
> perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak
> Qis.
>
> Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
> selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti
> kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
>
> Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
> menjerat hatinya.
>
> "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
> dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia
> tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
> baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
>
> "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,
> boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
> buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
> Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
>
> Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
> isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
> Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang
> ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
> disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
> cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
> sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya
> senyuman daripada Aliyah.
>
> "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
> yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
>
> "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap
> haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
>
> "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
> dengannya. Abg faham,"
>
> Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa
> dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama
> membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak
> membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
>
> Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
> merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
>
> Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana
> Qistina pergi.
> Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga
> oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
> Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia
> tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
>
> Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama
> dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian
> menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu
> adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman
> Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi
> dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra,
> dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak
> Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air
> matanya.
>
> Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
> Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya
> layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
> madu Aliyah.
>
> Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta
> maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
> tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk
> bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
>
>
> ************************************************************************
>
>
> Kepada:
>
> Asraf Mukmin,
>
> Suami yang tersayang...
>
>
> Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
> saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
>
> Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
>
> Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
> mengiringi jejak langkahmu.
>
> Abg yang dikasihi,
>
> Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
> kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu
> cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
>
> 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
> yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
> peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg
> diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
> belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak
> menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
>
> 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
> lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
> hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
> selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
> singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
> western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
> mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah
> sayangkan Abg...
>
> 3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
> Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
> zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar
> anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
> sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
>
> Abg yang disayangi,
>
> Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
> tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg
> mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
> mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
>
> Abg yang dicintai,
>
> Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
> tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika
> munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
> borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
> Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
> Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri
> Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan
> Abg.
>
> Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
> Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran
> Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
>
>
> Salam sayang,
>
> Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
>
>
> Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
> bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
>
> Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!
>
>
> ****************************************************
>
> MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada
> kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things
> when you lost it..
Dipos oleh Laseus